hazliana disini..
dah lama tak update kan..maaf lah kepada semua..sejak kebelakangan ini..rupa2 nya dah sebulan berlalu.. dan kami tidak lama lagi akan menghadapi pembentangan akhir bagi projek tahun akhir akan berlangsung lagi 2 minggu..aku memang sangat cuak ,dah tau cuak keje tak siap tapi still dok menulis blog ni kan..hahaha..tak pelah update kan sebab dah lama tak update nanti terbelangkalai pulak tak best orang nak baca..kepada irene, mieza, nuau, tijah(bini pertama) sila lah kalau ada masa tulis apa yang kamu semua rasa,apa perasaan bila dah sampai ke tahap ini...so disini aku mahu tulis apa yang aku mahu tulis, jadi suka hati akulah aku nk tulis apa aku tak kesah ape orang lain nk komen/judge/kritik..just keep it to yourself...aku memang tak boleh terima kritikan..so aku memang macam ini..hahahaha..aku suka sangat membebel yang entah pape, merepek2 tapi tak ada orang nak layan..jadi aku cakap sorang2 lah senang, tak payah la nak menyusahkan orang lain dengar bebelan aku...
macam-macam jadi sepanjang sebulan yang lepas, tapi takpelah tak payah lah aku cerita sebab aku malas nak ingat benda yang dah lepas...lagipun tak semua aku boleh recall balik, di sebabkan otak aku ni kalau tak ade yang remindkan aku memang takkan ingat pun...kalau korang dah bagitau baru aku ingat balik...
jadi aku akan start membebel sebab dekat blog ini sahaje yang akan mendengar bebelan aku tanpa ade perlu di balas dengan kritikan/nasihat/bebelan juga...walaupun aku sedar kadang2 benda itu semua untuk kebaikan aku jugak..kalau aku dengar pun ,aku masih akan buat jugak sebab aku degil tak nak dengar cakap orang ..jadi tu masalah aku la kan..ok titik.
aku sangat geram dengan coding game aku sekarang yang sangat sengal , aku dah edit banyakkkkkkk kali tapi masih still pada error yang sama...aku dah mintak tolong sir tapi dia pun busy so aku kena tunggu lah sekejap sampai die free..setiap kali aku bengang dengan coding game tu, aku sentiasa nak meluakan perasaan aku tau..tapi aku rasa aku akan cari syikin/mama/ain untuk berborak,pastu gelak sampai aku menanges sebab rindu kat diorang yang terlampau..
sedar tak sedar aku akan menghabiskan sisa-sisa hidup aku kat sini lagi 2 bulan jadi aku mahu membuat satu perubahan dalam hidup aku, iaitu mendapat keputusan yang lagi baik dari dulu..dan aku harus memotivatekan diri aku sendiri, tak perlu orang lain..yes yana, kau jangan bergantung dengan orang lain sebab hanya kau yang boleh ubah diri kau, bukan orang lain..jadilah orang yang lebih matang,hentikan perangai2 yang dirasakan sangat budak2, kau bakal berumur 22 tahun dan ini masa yang paling sesuai untuk kau jadi orang yang lebih matang...hahaha aku memang macam budak2..suka merepek yang bukan-bukan..aku suka merepek dengan syikin(adek aku), die jer yang melayan..aihhhh rindu sangat sekarang..
tadi petang kami berlima (aku,irene,miza,inda,nuau) pergi shooting video projek nuau...hahaha kelakar macam orang tak betol bercakap talipon sorang,dan aku memang tak boleh berlakon watak bergaduh dalam talipon sebab aku asyik gelak jer sampai nuar pun bengang dan tergelak jugak..aku memang tak boleh siyes dalam sesuatu perkara kecuali hal-hal yang tak dapat di elakkan..
aku akan menggunakan masa-masa yang ada untuk bersama dengan kawan2 aku disini sebab aku sedar aku akan tidak akan bertemu mata dengan mereka untuk satu jangka masa yang lama mungkin tapi kalau ada jodoh jumpe jugak, terutama mereka orang borneo (izan,azli,irene,sepul dan semua yang aku kenal)..aku juga mengharapkan hubungan2 yang tercipta disini tidak akan terputus begitu shaje sebab aku tak nak merealisasikan ape yang orang cakap,hubungan yang tercipta di institusi hanya untuk sementara sahaja..tapi kena tengok jodoh jugak,semuga semua berkekalan.insya-ALLAH..aminn..
baik lah sampai disini sahaja aku rasa..aku dah terlalu banyak cakap smpai aku rasa dah letih nak menaip lagi..lagipun aku rasa memang takde mood,takde perasaan nk buat projek..dan aku kena menaikkan semangat aku sendiri sebab itu shaja yang mampu aku buat sekarang....sebab mindset aku dah cakap, jangan menyusahkan orang lain..so nak buat mcm mana lah, aku terpaksa buat seorang diri...
"lakukan sesuatu atas kemampuan diri,jangan susahkan diri untuk benda yang tak sepatutnya, jangan jadi hipokrit, jangan hidup bergantung pada orang lain,jangan mengeluh bila masalah bertandang, jangan mengadu bila kita sendiri boleh selesaikan masalah itu ,bersyukur dengan apa yang kita ada,sentiasa berterima kasih apabila mendapat bantuan, hargai nya dengan cara yang paling jujur,jangan merungut, sentiasa berpuas hati dengan apa yang kita dapat."-yana
ok bye.