Pages

Friday, January 27, 2012

Pilu, sayu, sendu.




Entah kenapa tiba-tiba hati kecil terdetik, tiba-tiba fikiran teringat, lalu laju jari membuka kembali laman ini. Juga tiba-tiba hati sayu kerana mengabaikannya. Pilu hati kerana begitu mudah melupakannya. Walhal ia adalah satu tempat yang paling digemari dulu. Lantas ini membuktikan masing-masing sudah membawa hala tuju tiap seorang nya.

Lalu pantas tetikus digapai, menyusuri coretan-coretan yg terkandung di dalamnya. Hati berlagu, adakah ini penghujung kisah hidup hamba-hamba yang dulu , tiada siapa yang mengetahui penghujung cerita setiap manusia. Namun, hidup setiap dari seorang nya berjalan seperti biasa. Aku memerhati, latest entri nya pada dua ribu sepuluh tahunnya. Perasaan bersalah laju mengalir menyusuri urat darah lalu terhempas ke hati. Maafkan kekhilafan diri ini. Sesungguhnya hidup ini tak pernah lari dari kesusahan mahupun kesenangan. Menyedari kesilapan diri, mungkin akan lebih kerap melawati mu.

Salam semua (irene, miza, anwar, yan). Aku rindu, rindu pada kenangan, rindu pada perseorangan, rindu pada lain kenalan. Sudilah kiranya kita sama-sama update perkembangan diri masing-masing disini. Kiranya ada masa aku akan sentiasa membuat entri ya. Salam kerinduan.


1 comments:

Khalifah mukminin said...

Salam kerinduan buat semua.. senyap x beerti menyendiri atau lupa diri..senyap di sini brmakna berjuang persiapkn dan melengkapkan diri menuju alam abadi... di samping menruskn perjuangn di alam perantara ini..insyaAllah akn ku update jua..


-Kanda Rulz-

Post a Comment